Jangan Sebut Soal Perjuangan Kalau Tidak Berani Tanggung Risiko

Jangan Sebut Soal Perjuangan Kalau Tidak Berani Tanggung Risiko
Lawan Tetap Lawan

Sabtu, 22 September 2012

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke- ( 6 ) Cabang PKR Silam.



Sempena mesyuarat Agung PKR Cabang Silam kali ke- ( 6 ) dipejabat Cabang PKR silam bermula jam 10.00 pagi dan berakhir jam 3.00 petang.

Pada mesyuarat Agung tersebut turut hadir sebagai pemerhati,  Ketua Wanita dari Cabang Tawau Puan Lukina, dan turut hadir  Esco Wanita pusat Puan Nor Hesni merangkap Ketua Serikandi Cabang semporna, Ketua Wanita zon pantai timur Puan Terisa.

Mesyuarat tersebut SUC Cabang  PKR Silam sebagai pengacara majlis dan seterusnya memilih lima perwakilan ke mesyuarat Agung PKR pusat, dan sebulat suara memberikan kepercayaan kepada ketua cabang PKR Silam En, Johani Abd Halim yang menentukan perwakilan tersebut.

Mesyuarat tersebut telah dipengurusikan oleh en, Sahing Taking dan timbalanya en, Charli Jani dan disaksikan oleh ketua cabang, Tim ketua cabang, ahli MPN, Naib 1, Nain 2 Naib 3 Ketua AMK, Ketua Wanita, Serikandi para perwakilan dari Tungku, Lahad Datu dan Kunak. 

Oleh kerana ketidak puasan hati, sekumpulan 12 orang yang diketuai oleh Mohamad Sailama keluar daripada mesyuarat tersebut dan meminta dikembalikan yuran tahunan yang mereka bayar setelah mereka mendaftar tadi.

Inilah sifat sifat yang tidak boleh dicontohi oleh sesiapa pun yang tulus berjuang demi Parti yang kita sayangi, mereka ini hanya pentingkan pangkat bukan berjuang demi Parti, jika yang dihajatinya mereka tidak dapat, maka ugutan keluar Partilah penyelesianya seperti yang berlaku pada PRU 10, inilah orang orang yang bertanggungjawab meninggalkan Parti Bersekutu pada masa itu, Ketua mereka En, Raimon Udin tidak di calonkan.

Mereka ini harus diambil tindakan disiplin oleh cabang, jika mahu perkara sebegini tidak akan berulang lagi dan sebagai pengajaran kepada yang melanggar syarat syarat mesyuarat.


Dan mesyuarat ditangguhkan pad jam 3.00 petang dan semua perwakilan pulang masing masing ketempat mereka, dan ucapan teima kasih.











































































Rakyat Hakim Negara
Rakyat Hakim Negara