Jangan Sebut Soal Perjuangan Kalau Tidak Berani Tanggung Risiko

Jangan Sebut Soal Perjuangan Kalau Tidak Berani Tanggung Risiko
Lawan Tetap Lawan

Ahad, 23 September 2012

Dasar Dasar Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat.





Salam Refomasi

Dari meja pengarang Cabang PKR Silam, 

Asalamualaikum dan Salam Sejahtera, Disini saya nak maklumkan Perlembagaan Parti Aturan dan Peraturan Parti PKR Malaysia yang didaftar oleh ROS.

Ramai yang menyertai sesebuah parti politik dengan tidak pernah membaca Perlembagaan Parti itu, dan mereka akan terikut ikut ucapan ucapan dari Pemimpin Pemimpin sehinggahkan mereka tidak tahu kalau kalau Pemimpin itu berucap melangar dasar Parti.

Ahli ahli yang tak paham dasar Parti boleh terbawa bawa dengan emosi, Parti  PKR umpamanya 17 perkara yang termaktub didalam perlembagaanya sebagai dasar dan dasar itu telah dipersetujui oleh pemimpin Parti Keadilan Nasional dan Pemimpin Parti Rakyat Malaysia sebagai syarat pengabungan ke dua dua Parti itu dan pengabungan Parti itu dan nama Parti berubah kepada Parti Keadilan Rakyat dan perubahan bendera dan lambang.

PKR adalah Parti multi-rasial, maka jika orang itu bercakap berapi api memperjuangkan secara emosi sesuatu kaum, itu sudah melangar dasar Parti, dan memburuk burukan Parti adalah satu kesalahan.

Seperti yang terjadi dalam mesyuarat Agung Parti PKR cabang Silam semalam, keluar dari mesyuarat, dan memburuk burukan Parti dalam FB atau pun Bloogr  dan meminta pulangkan semula wang keahlian maka orang ini harus dikenakan tindakan dari Cabang Parti.

Jika ada ketidak puasan dalam sesuatu mesyuarat, orang yang tidak puas hati boleh terus membuat bantahan terus ke pejabat Parti keadilan Pusat dan sk ke- Negeri dan Cabang sebagai bantahan ketidak puasan dalam perjalanan mesyuarat tersebut.

kepada angota angota Parti yang bersetia dengan Parti, sertailah Parti ini dengan memahami dasar Parti dan Perlembagaanya dam ucapan ucapan Pemimpin yang utamanya sentiasa menterjemahkan dasar dasar Parti didalam ucapan ucapan mereka.

Kepahaman ini akan menyatupadukan Parti, mengukuhkan kekuatan Parti dan berpadu membawa Parti kearah perjuangan yang betul demi kejayaan demi Rakyat.

Rakyat Hakim Negara